Thursday, October 7, 2010

Maryam's Nikah.

Maryam tu akak aku. Along aku la senang kata. hehehe
Kalau ikut perancangan sebenar, aku orang first yang kena kahwin dulu dalam adik beradik aku sebab sejak umur aku 16 tahun, aku asyik cakap nak kahwin je. well, tengok orang la. dah getik gedik tu aku, mestilah aku yang paling gatal. tapi malang sungguh nasib aku sebab akak sulung aku ni dah menggatal juga rupanya. potong line!

ni hari nikah akak aku sahaja. walimah maybe akan dibuat Januari tahun hadapan. Akak aku dan juga abang ipar aku tu adalah guru. Akak aku mengajar di sekolah area Pasir Gudang, Johor dan abang ipar aku mengajar kat area Sabah tapi dia kelantanese. dekat kan? macam seberang jalan dah sampai. hehe. Jauh gila, tu yang macam tak sempat kalau nak buat walimah sekali. nak buat walimah kena urus macam macam. Then nak buat bulan November, akak aku kena jadi pengawas peperiksaan SPM tahun ni. nak buat bulan Disember, abang ipar aku kan kelantanese pulak tu rumah dia area area Pantai Cahaya Bulan. of course lah bulan banjir. so, buatlah tahun depan je. hahaha. aku pon tak faham dah apa aku ngarut ni.

oh ya, akak aku bukan kena tangkap basah tau. sumpah!  ikut perancangan, akak aku cuma nak bertunang tahun ni. tapi sebab ayah aku agak cerewet (?), dia tak bagi bertunang suruh terus bernikah.  aku pon agak tak faham la kenapa ayah aku tak bagi bertunang. takut terputus di tengah jalan la kot. ntah la. malas nak ambil port. hal orang tua tua..

errr. malas la nak menaip lagi. letak gambar je la. gambar yang diambil oleh orang orang yang tak pro langsung! tak lawa, gegar sana gegar sini, senget sana senget sini. haih. yang tak boleh blah, sempat tu tangkap beratus gambar. haiyaaa.

ni la pengantin nya. dia memang gemuk! (padahal aku lagi gemuk dari dia. hehehe)

aku letak gambar ni sebab suka tengok benda alah panjang nun

dekat Surau Al-Kauthar. dekat je dengan rumah aku.

omg. macam makcik kepoh siot aku! hehehe

ni lah suami akak aku, Wan M. Haslan

pak imam buat kelakar dengan pengantin. ingat real, sekaliiii

akad

ni namanya sarung cincin. ok? hehe

 sarung cincin juga!

 ni namanya salam tangan suami

dengan mak ayah dorang la.

kakak-kakak kepada suami akak aku. (eh?)

dengan family aku.


aku malas nak letak banyak gambar. ade 600 (kamera makcik) + 200 (kamera abang) tu! tak kuasaaaaaaaaaa! gambar dari kamera photographer yang akak aku ambil, tak siap lagi.

p/s; aku dah jarang jengah blog, jengah tumblr je sekarang. macam comel gila la weyh boleh reblog. hehe. orang kata tumblr untuk kanak kanak tapi, ade aku kesah???

1 sepakan:

Juwairiyah said...

pehs aku rasa macam nak kahwin pun ade lah. ngeh3 gataii sunggoh