Tuesday, August 24, 2010

karya Hlovate

start baca karya karya Hlovate tahun ni dengan novel yang bertajuk Versus. Then, order semua novel Hlovate dari Jemari Seni sebab novels dia kat bookstores asyik out of stock je. Mula mula, ingat nak beli time Pesta Buku Johor. Tapi.... terlepas la pula tarikh tu. Ingatkan akhir tahun tapi bulan lepas rupanya. Tak dengar langsung pasal Pesta Buku Johor yang berlangsung kat Danga City Mall Johor tu. Dah habis baru tahu. Betul la kot kata orang, promosi dia ala kadar je kot. Katanya ada keluar dekat radio. Maybe keluar dekat Johor.FM, tu yang tak tahu. Dengar Johor.FM tu time bulan puasa macam sekarang ni je la sebab nak dengan azan untuk waktu berbuka. hehehe. Tapi baru baru ni dapat tahu yang Jemari Seni memang tak join Pesta Buku Johor pun tahun ni. cehhh.

*tak layan novel Alaf21 lagi dua tiga tahun kebelakangan ni.

ini la karya karya / novel novel Hlovate :-

5 Tahun 5 Bulan

*Cerita pasal Johanna (Jo/Juan/Ana) yang jadi orang gaji selama 3 bulan, beberapa bulan sebelum mendapat keputusan IB nya dan menunggu keputusan universiti luar negara untuk sambung degreeDia jadi orang gaji kepada kelurga Encik Latfy untuk 3 bulan. Masa jadi orang gaji tu, dia jadi sangat rapat dengan 3 orang anak Encik Latfy iaitu Reza Hafez (Apeh/Angah), Nana & Nina yang tinggal di rumah tu sebab Ana jenis layan kepala. Jadi orang gaji dekat rumah tu tidak sesusah mana kalau tidak kerana anak sulung Encik Latfy, Afiq (Along) yang pulang ke rumah itu sesekali kerana tinggal dengan kawan kawan di dekat rumah sewa mula kerap balik. Along Serbia, itulah nama yang diberi Ana. Ke'sarkastik'an Along tidak bertepi sehinggakan Ana merasakan 'sarcastic is his middle name'. "Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.", "Masin sangat la ni. Lain kali letak garam timbanglah dulu.", "Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?", "Bancuh kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey." dan bermacam lagi complain si Along Serbia itu. Namun itulah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana.. dan dari situ jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap kehidupannya. Ana tak pernah cerita pasal diri dia even nama penuh dia pun tak pernah diketahui keluarga itu. Cuma masa dia pergi interview untuk universiti luar negara (sebulan sebelem dia habis bekerja), dia terserempak dengan Along dan rahsia dia, bakal oversea graduate dalam bidang kedoktoran bocor. Itulah yang membuatkan Along mengenali seorang Jo di dalam Ana. Akan tetap, sejak pertemuan itu, Along jarang pulang ke rumah. Kali terakhir Along pulang sebelum Ana habis bekerja, mereka bertengkar sampaikan Along tak datang ke kendurinya dan tidak turut serta menghantarnya sebelum dia berlepas ke Universiti of Aberdeen untuk 5 tahun 5 bulan di sana. Di Abardeen, Ana  mula menjadi Hang Li Jo dan berkawan baik dengan Jebat Iskandar (Hang Jebat). Dia juga start rapat dengan Along yang mula di anggap sebagai abang sejak Along mengangkat telefon masa dia telefon ke rumah keluarga lelaki itu untuk berbual dengan Apeh.  Kawan baik Ana, Yaya yang sambung degree di Tassie suruh Ana janji kalau dalam masa 5 tahun 5 bulan Ana dekat Abardeen dan dia jumpa pasangan dia, dia kena beritahu Yaya. Antara Hang Li Jo, Sultan Mansur dan Jebat, apakah kesudahan mereka? Dan apakah yang terjadi dengan Ana dalam masa 5 tahun 5 bulan tu dan jugak lepas 5 tahun 5 bulan tu? baca la! hehe. poyo an aku ni


Schubert's Serenade

*Cerita pasal Najwa (Ju'a) yang tidak suka dengan abang tirinya, Abang Shah sejak pertemuan kali pertama mereka di sebuah restoran. Dia jarang pulang ke rumah ayah tirinya waktu cuti sekolah walaupun dia menyenangi ayah tirinya itu kerana dia tidak mahu bertemu muka dengan Abang Shah yang pulang ke rumah itu setiap hujung minggu. Tetapi, setelah beberapa lama, ibunya membuat keputusan supaya Ju'a  pulang ke rumah itu setiap kali cuti sekolah. Sejak itu, Ju'a dan Abang Shah juga membuat keputusan berbaik demi keluarga mereka. Ju'a mula rapat dengan Abang Shah yang pandai bermain piano. Mereka sering membuat duo dengan Abang Shah bermain piano dan dia bermain biola. Mereka sering kali membuat duo dengan bermain muzik Schubert's Serenade kerana mereka sangat menyukai muzik itu. Abang Shah sangat memanjakan dia dan adiknya. Akan tetapi ketika lahirnya adik mereka, Luqman, sesuatu terjadi kepada Abang Shah yang dalam perjalanan dari UTP (tempat abangnya belajar) ke hospital.
cerita dia pendek, takkan nak bagitahu apa lagi yang jadi kan? baca sendiri. tapi yang penting, menangis juga lah aku baca cerita ni masa dia dengar apa yang berlaku kat Abang Shah tu and masa dia cakap kat EG sebab dia tinggalkan biola dia tu. *biola ke violin ke hape ntah. aku xtahu la nama melayunya. hehe



aA+bB


* Addin Shah, seorang doktor yang dipaksa berkahwin dengan anak kepada kawan parentsnya, Benz Alif, seorang jurutera setelah sama sama pulang ke tanah air kerana belajar di luar negara. Sejarah mereka yang bermula dari sekolah yang membuatkan mereka sukar menjadi sukar mereka menerimanya. Saat zaman sekolah, mereka membenci antara satu sama lain, saling dendam dan saling membisu.
**aku tak nak cerita pasal novel ni. yang penting, this is the best novel! hehe. sebab tu la tak nak cerita.

[tunas]
* cerita pasal Addin Shah yang merupakan Head Girl dan Benz Alif, seorang taiko masa zaman sekolah. Perkara yang membuatkan mereka saling membenci, saling dendam dan segalanya. Juga cerita tentang Magnificient 7. apa tu? baca baca! gila lawak buku ni! best jugak! asyik tergelak gelak je baca! ish


Rooftop Rant
*Cerita pasal Khairul Batrisya Mazni (Trisy), seorang pelajar tingkatan 4 dan Mohd Zaid (Jade), seorang pelajar universiti dalam bidang masscomm berumur 20 tahun. Selama mereka duduk lepak di rooftop Wisma Topaz, mereka tidak pernah kenal apatah lagi berbual. Masing masing membuat hal masing masing. Tetapi
sejak kejadian Trisy jatuh pengsan di hadapan Jade, mereka menjadi kawan baik. Trisy dengan masalah keluarga yang dimana parentsnya sentiasa busy dengan kerja, sentiasa bertengkar apabila bertemu muka dan tidak mempedulikan anak anak juga dengan abang dan 2 orang kakaknya yang tidak pulang ke rumah sejak masuk universiti dan ligat dengan clubbing. Itu yang membuatkan dia keseorang bertemankan orang gajinya, Buk Jah di rumah. Jade pula dengan masalah ibu dan ayah nya yang tidak pernah mahu memahami dirinya yang berminat dengan melukis kartun dan mereka sering membandingkan dia dengan abangnya yang sedang belajar di dalam bidang kedoktoran juga dengan adiknya yang sentiasa mendapat keputusan yang sangat baik. Di rooftop itulah tempat Trisy mengambil angin sementara menghabiskan waktu kelas tambahannya yang di mana dia ponteng dengan hanya memandang suasana alam dan disitulah tempat Jade melukis dan merehatkan mindanya dari masalahnya. Rooftop itulah yang menjadi tempat mereka meluahkan masalah sejak mereka berbaik. Namun, sebuah peristiwa yang berlaku kepada Trisy membuatkan parent Trisy memmbuat keputusan menghantar Trisy tinggal di kampung dengan datuk dan neneknya di Johor Bahru. Semenjak itu, mereka tidak lagi berjumpa namun mereka saling mengingati dan ranting serta kata kata semangat antara satu sama lain sentiasa bermain di fikiran mereka.
* aku tak reti nak cerita pasal novel ni. novel ni agak serius dibandingkan dengan novel lain Hlovate. cerita pasal kehidupan orang sekarang. Realiti. ya realiti. Bukan novel jiwang cinta.


Ked's Story



Versus




untuk novel Pelangi dan Versus, aku malas nak cerita. penat tu menaip!!!!!!! hehehe. dah la panjang semacam entry ni aku rasa. ah takpe la. yang penting, semua buku buku Hlovate memang terbaik! sangat sempoi dan sangatttttttttt best! my lil sis yang muda setahun dari aku tu yang tak pernah baca novel secara betul betul (asyik skip pages), baca novel Hlovate 1-1. terkejut aku tgk dia. hehe.

aku memang recommend buku buku Hlovate ni! sangat the best! kalau tak kenapa aku habis beratus ringgit untuk dapatkan semua karya dia kan?

2 sepakan:

aku junsu said...

yup2 setuju sangat..novel hlovate memg best..
dulu jgn hrp nak layan novel melayu ni...
kalau penyiasatan,ufo ke kira ok lagi...

tp lepas kenal hlovate..terus jatuh cinta..serius..dan cerita cinta hlovate memg bagus sbb berlandas agama..

thumbs up!!~

masturah said...

yeah! novel hlovate memang best! hehe.

novel dia tak macam novel lain yang jalan cerita agak sama kan. novel lain, asyik asyik kahwin kontrak, kahwin paksa, tangkap basah. sampai dah boleh agak dah ending. ^_^