Monday, May 17, 2010

keputusan ku. jeng jeng jeng

Kolej Poly-Tech Mara cawangan Kuala Lumpur, ucapkan selamat datang kepada aku!
jangan lupa bentangkan karpet merah saat aku jejakkan kaki ke sana untuk pendaftaran 15 Jun ni.
muahahaha. bajet anak raja nepal jek nak kena bentangkan karpet merah

so........... aku dah buat keputusan nak masuk KPTM KL ni.
eh salah. ayah aku dah buat keputusan untuk aku. ikut cakap parents? kadang kadang ja. bila dah tak boleh buat keputusan, minta diorang buatkan keputusan untuk aku. siapa yang nak pinang aku, fikirlah 200 kali. kalau aku tak boleh buat keputusan, aku akan minta pendapat parents aku jugak. kalau parents aku cakap reject, of coz, REJECT! muahaha. dah lah tak reti masak, tak reti megemas, pemalas, tu pon kau nak pinang ke?
okay. okay.  dah lari tajuk.

ayah aku suruh masuk KPTM sebab under MARA. yuran tak lah semahal IPTS lain & course yang aku dapat tu okay. lagipun kaunselor yang aku jumpa pon nasihatan aku masuk institusi under MARA kalau tak dapat IPTA. nak masuk UiTM, aku dah salah buat pilihan masa permohonan UPU dulu. aku cuma mintak masscom dekat UiTM & lain lain course dekat UDM. padahal UiTM ni untuk melayu, berkemungkinan besar aku akan diterima sebab course yang aku minta semuanya layak (dah check di selangkah UiTM).
nak tunggu rayuan? minggu ke-3 julai baru keluar keputusan. dah lambat sangat dah tu. so, KPTM, here i come. hahaa

secara jujurnya, aku tak pernah dengar nama KPTM ni dulu. lepas aku search dekat google nama-nama institusi under MARA, baru aku tahu KPTM ni wujud. maaf KPTM! hehe

barang barang, aku dah kemas sejak beberapa hari lepas. 2 beg besar. besar punya!!!! isi 2 baldi saiz sederhana dalam beg tu pun muat rasanya. mak aku nak perli la tu sebab aku asyik merungut beg traveller mak aku kecil sangat. memang kecil pon. baju kurung tebal!
haaaaa. aku baru kemas baju ke kelas, baju jalan, baju sukan dan baju tidur sahaja.
barang barang lain, belum lagi. senang kata, belum beli pon lagi
medical check up? tunggu la lagi seminggu nak daftar ke...

masalah aku...
sekarang ni aku asyik fikir kehidupan dekat KL nanti. aku tak tahu lah kenapa aku macam tak ready nak hidup dekat KL tu. maybe sebab aku tak pernah berjauhan dari family lebih dari seminggu? & tak pernah duduk asrama. & yeah, hidup dekat KL kan penuh cabaran. aku takut aku tak belajar tapi fikir enjoy ja. dekat KL banyak shopping complex. omg. itu kelemahan aku! -.-"


Universiti Industri Selangor/UNiSEL (Diploma TESL); ayah aku tak bagi masuk sebab pergaulan yang agak bebas.
Universiti Kuala Lumpur/UniKL (Diploma of Engineering Technologyin Production Engineering); di kedah. jauh sangat.
 Universiti Tenaga Nasional/UNITEN (Foundation in Finance); aku nak business study tapi kau bagi finance?
Kolej Universiti Islam Selangor/KUIS (Diploma Pengajian Bahasa Inggeris); aku nak TESL la.
Kolej Universiti Islam Melaka/KUIM (Diploma Undang-undang & Syariah); aku tak minat undang undang.
Kolej  Islam Pahang Sultan Ahmad Shah/KIPSAS (Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah & Undang-undang); aku tak minat syariah.

5 sepakan:

Juwairiyah said...

ko bwk bape byk baju kurung?
setelah aku soal siasat akak aku,
dy membantah idea gile aku: nak pakai bj kurung hari2. jd model First Lady kejap. hehe

dy ckp "rajin btol kau nak iron baju kurung tu sume?"
tp bila fikir balik, time aku kerja dulu, lagii pemalas aku nak iron baju. kdg2 baju tu sume tersadai atas kusi tunggu aku iron tp x iron2 pon lagi. last2 mak aku yg iron. hehe

bayangkan time kerja nak iron bj kurung pun malas, apatah lg nak iron baju kurung hari2 time da habis kuliah. waa penat gile.

aku ingat nak bwk baju kurung sikit la. fikir yg perlu je.
kalo rasa2 mcm nak jd model First Lady tu, lupakan saje.
dorg kata, pakai baju kurung time senin & jumaat. maybe 2 hari ni je aku pakai. tp rotate2 la bajunye. lebih drpd 3pasang kot aku bwk

kalo baju tido, pakai bj lengan pendek yg simple2 je. kalo bole pakai 1baju utk 2-3 malam punye. (kalo xkotor sgt la)

kalo baju gi kelas, aku da runsing gile da fikir.
aku suka gak baju, ape ko kata dulu, kurtah?
suka gile. baju yg labuh bwh punggung. ops i segan. hehe
ok la kot kalo pakai kurtah. tp kurtah aku ada byk kot. 3+ kot. blom masuk tshirt ke kelas in case bgn lambat ke. adoih. seluar sikit je kot. xkisah sgt.

eii pening la fikir psl baju je.
kalo shopping complex i x fikir sgt kot sbb i xde lesen memandu. hehe
i jenis syg duit i, i malas nak kua duit utk tambang ke mana2. hehe

maisyara Pot! Pot! said...

tahniah dear! hehehe. xD

BalqisShafiqa said...

nak bawa baju sikit je.
cukup2 je laa.
yang penting benda asas seperti ubaat gigi, baldi, sabun, berus gigi, etc.
haha. macam nak pindah rumah je.

masturah said...

Jue ; pakai kain batik dengan t-shirt jek. mengancam u! haha

maisyara ; tenkiu! ^_^

balqis ; ayah aku pon cakap barang yang aku bawak macam nak pindah terussss. :P

Juwairiyah said...

hahahahaha, mcm org lepas pantang jek kau ni. kau la pakai. kau kan glemer gitu

qis: tu la, aku risau gak aku pon mcm nak pinda uma. huhu
nak2 bila dorg kata, nnt drpd tempat parking, kitorang xdibenarkan bwk kete kat area kolej. takut space xmuat. huhu
dah tu kena angkut barang2 tu naik bas pulak. adohaiiiii