Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan - Kecewa bhai!

kecewa gila aku tengok cerita Lagenda Budak Setan. frust weyh frust! tak seperti yang di expect. maybe expectation aku yang terlampau tinggi kot.

kecoh dekat seremban, kl dan sewaktu dengannya yang tiket cerita ini sold out semalam & hari ini. tapi tadi aku pergi tengok dekat City Square JB pukul 3.35petang, tak penuh pun bilik 4 tu. setengah je la kot! kurang sikit dari setengah la aku rasa. *berbelit dah...

yang aku pelik, setitik air mata pon tak menitis! dulu masa tengok cerita Diva, menitik nitik air mata aku keluar. aku ni senang menangis tapi aku tak menangis pon tengok cerita Lagenda Budak Setan tadi. why? why? why? ramai yang kata cerita ni sedih sangat sangat. tapi kenapa aku rasa macam tak sampai pada aku?
ramai jugak yang kata lagu Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) tu penyelamat. kalau tak ada lagu tu, terus tak ada feel. maybe. tapi lagu tu tetap tak membantu aku. ramai gila pesan bawak tisu banyak banyak. heh. tak terusik pon tisu tu tau.

oh ya. pasal skrip dia, alamak! "Selamat Pulang Ayu". omg. gila skema doe skrip.
yang aku pelik kenapa dia orang panggil lecturer, cikgu? walaupun aku belum masuk U, tapi aku rasa panggil lecturer bukan macam tu kan? dengan "selamat pagi cikgu". wow. macam sekola

scene yang rasa macam nak sepak sepak kerusi panggung wayang tu bila Ayu bagitahu Kasyah yang dia dah terlanjur dengan Azmi & Kasyah terlalu ok and cool jek. wtf! serius tak masuk akal. cara Ayu bagitahu tu lagi tak boleh blah.


Watak Ayu (Lisa Surihani) macam tak boleh diterima sangat. tak best lah senang cerita. dia menangis tak real. terlampau susah nak keluar air mata. *setiap kali Lisa sebut ayat yang ada huruf R, ramai gila gelak. ok ok. termasuk aku. aku admit, tak baik gelakkan kekurangan dia tu.
Watak Emilia (Shikin) tak menarik langsung. rasa boring gila tengok dia. macam kaku kayu pon ada.
 *ya, aku bukan seorang pelakon tapi pelakon perlulah teror bab ni kan? kalau tak, buat apa jadi pelakon. kan kan.

aku paling bengang sebab terlampau banyak scene close up.  rasa macam selepuk muka pelakon tu. pening kepala tengok tau!

tapi suka bila Sapi (Nubhan) kata "kata ayahku, Lambang Lelaki Sejati adalah Lelaki yang Setia pada Cinta"


akak aku kata," tak best la. cerita dia tiada klimaks. semua benda macam biasa biasa. macam tengok drama je"... yes, aku sangat setuju. lagi satu, banyak part yang terlalu sekejap.


overall, watak Azmi (Que Haidar) & Katerina (Fazura) the best! :)


*semua benda yang aku taip ni berkenaan ketidak bestan cerita ni. yela. tajuk pon kecewa! ini PERSONAL VIEW ya.

9 sepakan:

BalqisShafiqa said...

salam ziarah, mastura.
aku dah agak cerita ni tak best.
haha. sebab aku dah baca novel yang kau kasi pinjam sampai enam bulan.
bhaahahaha.

memang tak best.
eh, aku pinjam novel katerina dengan cinta Marissa!


hahaha.

masturah said...

aku ada kasi kau pinjam novel ke?
tak ingat langsung siot! haha

Anonymous said...

filem tak sehebat novel...adoiiiiiii

BalqisShafiqa said...

hahaha.
ada laaa.
aku baca katerin sama budak setan.
ko kata AA tulis dialog(telan air liur je).
wa jadi menci.

cinta marissa pun aku pinjam.
kira 2 novel dalam 6 bulan.

Juwairiyah said...

wah gempak la ko qis. sempat plak belek novel! hee

oits. haku ingatkan setan camne la cite tu yerp. haha

Adriani said...

Nice info girl...
Baru ingat nak g tgk...
huh! id give it a second thought...=)

masturah said...

balqis; hehe. aku kan pelupa dari dulu. mana ingat ouh. :P

jue; ko pon sama! selalu belek novel gak an. haha

adriani;itu just my personal view je tau. maybe u'll love the movie if u watch it. sesetengah orang kata best gila. lain orang lain feeling boleh tangkap tau. hehe

Anonymous said...

Salam to u...yes...i admit...this movie were not as great as it's novel...but for my personal view...it's ok lah...

siapa lagi yang akan memartabatkan dunia perfileman negara kita kalau bukan kita sendiri...like twilight for example...kebanyakan orang kita gahkan movie ni...but as for sure...same thing happened...the movie were not as great as the novel...but yet...still we appreciated the movie right?? why?? bcoz it's a movie from abroad...

LBS movie is not that bad...it's just that... jalan ceritanye tak seperti yang tertulis di dalam novel...believe me...coz i've read LBS novel for maybe like more than 25 times since i bought it 10 years back...banyak jalan cerita menjadi pendek...mungkin kerana kos untuk buat filem yang menjadikannya begitu...

Hmmm...whatever it is...everyone has their own opinion...saya hargai pendapat anda...walaupun saya rasa ianya agak keterlaluan...salam and terima kasih...

masturah said...

anon : salam. sorry kalau my review for this movie was too much. as u said, everyone has their opinion. and that was my opinion.

actually, i didnt even watch Twilight. saya tak suka sangat cerita luar negara. except for harry potter la. saya masih childish. hehe

maybe my expectation yang terlalu tinggi buat saya hampa dengan cerita ni. saya hampa dengan LBS sebab jalan cerita dia lain dari novel & dia kinda meleret. ive read the novels since i was in primary school. darjah 5 i think. tak lah sampai 10 tahun. but i think lama la jugak.

btw, thanks for ur comment. :)